Thursday, August 13, 2009

Al-fatihah


Antara penyanyi fav ku...Utaz Asri Rabbani telah meninggal dunia semalam. kerana serangan jantung...terngiang lagu2 nasyid beliau...Semoga arwah berada di sisi golongan yang beriman....amin. (sumber gambar- murai)

Monday, July 13, 2009

You're not alone...

JUBAH...





Cantek kan jubah... tp aku ni nyusu badan tak dapat nak pakai jubah yang lawo2 nih....bawa g sek pun ok gak kan..tapi harga leh tahan gak tak kisah la...aku tiap2 hari dok meng'usha' jubah2 ni kat butikmamacollections.com....berangan ja...

Layan Citer...NUR KASIH...




Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

Wednesday, May 20, 2009

BENGANG...

Hospital. Sebenarnya tadi cek baru pi melawat sedara kat hospital...waktu melawat sampai kol 9malam. Cek pun pi la melawat dengan warga family cek yang dikira berenam jugak la campoq dengan bebudak kecik. Memang keadaan agak tenang kat wad tu. Kami sembang pun  slow ja...cam bisik. Pastu kami kan ramai... sekali ada nurse India ni...dengan nada suara yang agak kuat tegur kami yang ramai ni. Dia kata ada bayi la (anak cek la tu...). Cek tau la...tak elok bawa bayi g hospital. Cek ni mak dia cek tau la baik buruk anak cek. Cek belajaq sampai u...yang cek bengang kat cni...dia dari awal memang dok kat kaunter tu apesal tak tegur...dah kami borak dekat 15 minit (borak dengan nada berbisik) baru nak tegur kami suruh keluar...tak boleh ramai2. Apasal tak datang dekat kami...tegur dengan cara yang berhemah...macam tak dak otak ja...tak jaga maruah orang lain. Hampeh nya nurse. Aku n laki aku pun wat tak tau ja bila dia kata mak baby n baby ja dok luar...kami semua balik n tak pandang pun muka nurse tuh....hehehhehehe padan muka dia. Biar dia tau tinggi rendah nya langit ni. Eksen sangat...

Thursday, May 14, 2009

AmUk...


Dah lama tak tulih blog...sejak mengajaq tahun ni...minggu ni la aku paling garang.... Aku amuk satu kelas...peh memang dah tak tahan...dengan kelas peralihan ni...dua hari aku amuk...hari ni aku cool. dua hari aku guna kan suara dan action. tapi hari ni aku gunakan handphone. Ok gak...dalam keadaan terkawal. walaupun minit2 yang terakhir tu dah agak bising....tapi bagi aku ok la tu. aku leh jadi gila ngajar peralihan tahun ni...kata orang dah patah semangat nak ajar budak2 ca ya nun alif ni....dah tak kuasa..dan kalu tak percaya aku leh buat pekak badak tak dengar diorang bising bangat dalam kelas. lantak la kan...daripada aku cam orang gila cakap sorang2 kat depan...lagi baguih aku berbahasa isyarat ja dengan diorang...hahahaha....macam kelas khas. Sapa suruh depa perangai macam yang dalam zoo nu...ntah la...dah makin teruk perangai bebudak sekarang ni.aku pun bukan nya baguih sangat....tapi aku suka nak ajar kat bebudak perempuan peralihan...sebab depa memang nak belajar.aku terangkan sampai diorang faham...alhamdulillah...bebudak perempuan tu la penyejuk hati aku kat dalam kelas tu....

YA ALLAH..KUATKAN SEMANGAT HAMBA MU INI UNTUK TERUS MENCARI REZKI YANG HALAL DAN MENDIDIK ANAK BANGSA MENJADI ANAK YANG BERGUNA..AMIN.

Saturday, May 9, 2009

HaGeMaRu yang mengarut...


Hampa semua penah tengok dak katun hagemaru ni kat stesen tv swasta??? Kalu penah apa komen hampa semua???cek ni tak puas hati dengan moral citer tu cam takde...dah la anak cek c Elmi tu suka la dengan katun tu. nak kena band dah kat rumah ni...
yang cek tak puas hati katun tu....leh lak tunjuk pung**** dia...kadang2 ko*** dia pun tayang selamba. Memang la katun tapi kan ke budak2 kecik nengok. Tak puas hati betui la dengan katun ni camna la depa leh amik tayang kat tv. Hampeh tui... Dah tu, dialog hampeh dia, "gasak tak tau nanti bagitau cekgu..."
Memang katun ni dah di band dari list rancangan tv kat rumah cek... untuk pendidikan si kecil untuk menjadi anak2 yang berguna.amin.