Saturday, May 9, 2009

HaGeMaRu yang mengarut...


Hampa semua penah tengok dak katun hagemaru ni kat stesen tv swasta??? Kalu penah apa komen hampa semua???cek ni tak puas hati dengan moral citer tu cam takde...dah la anak cek c Elmi tu suka la dengan katun tu. nak kena band dah kat rumah ni...
yang cek tak puas hati katun tu....leh lak tunjuk pung**** dia...kadang2 ko*** dia pun tayang selamba. Memang la katun tapi kan ke budak2 kecik nengok. Tak puas hati betui la dengan katun ni camna la depa leh amik tayang kat tv. Hampeh tui... Dah tu, dialog hampeh dia, "gasak tak tau nanti bagitau cekgu..."
Memang katun ni dah di band dari list rancangan tv kat rumah cek... untuk pendidikan si kecil untuk menjadi anak2 yang berguna.amin.

2 comments:

HeroHuruHara said...

Hagemaru dan Crayon Sinchan adalah dua bentuk konsep liberalisasi yang diunjurkan bagi menongkah sikap konservatif masyarakat di Jepun. Dan di Jepun sudah terbukti sesuatu revolusi sangat berpengaruh jika disampaikan dalam bentuk anime.

Dulunya mereka memasarkan anime Captain Gaia dan Kickers untuk memberi kesedaran dan meningkatkan minat kanak-kanak dalam sukan bolasepak dan akhirnya memang membuahkan hasil. Banyak lagi dan jika dikaji masyarakat di Jepun mudah diserap melalui sistem pemikiran OTAK KIRI (graphical minded) melalui anime di komik atau animasi.

Tetapi apabila siri-siri berkenaan dibawa ke Malaysia sebenarnya ia hanya sekadar untuk meraih keuntungan daripada rating penonton. Memang langsung tiada objektif pada masyarakat kita. Sebaiknya anime seperti LAT Kampung Boy diberi hak penyiaran kepada tv awam (RTM, Media Prima) agar dapat dinikmati oleh semua kanak-kanak dan bukannya menjadi satu tayangan ekslusif di stesen TV satelit sahaja. Kita ada banyak anime yang bermanfaat tetapi kalah apabila slot tayangan waktu utama diberi pada anime luar negara dan anime tempatan hanya mengisi ruang kosong untuk memenuhi korum. Antara anime tempatan lain yang bermanfaat ialah Upin dan Ipin dan Bola Kampung.

jannahazwan said...

ye betul pendapat herohuruhara... saya setuju....