Friday, September 25, 2009

Raya...

salam...hari ni dah hari ke 7 Syawal...bermakna dah seminggu kita beraya. Alhamdulillah...dapat gak cek menziarah sedara2 walaupun taun ni tak dapat nk balik ke Kedah. tapi, harapan ku..tetap menggunung untuk balik beraya ujung taun ni...di Aloq Setaq...rindunya suasana Aloq Setaq...

Monday, September 7, 2009

Cerita Rakyat



Tahun ni aku ajar Sivik 3 kelas tingkatan 1...tetiba ja aku baru tau satu cerita yang masa aku kecik dulu aku tak penah dengaq...heheheh

Cerita itik dengan kura-kura

Dalam sebuah hutan, seekor kura-kura berkawan baik dengan dua ekor itik. Pada suatu ketika, akibat musim kemarau yang panjang , semua tanaman mati dan kolam tempat mereka bermain juga kering.

Itik mengajak kura-kura berpindah tetapi kura-kura berasa susah hati kerana dia tidak boleh terbang.

Itik mencadangkan kepada kura-kura supaya mengigit sebatang kayu dan itik akan membawa kura-kura dengan kayu tersebut. Itik juga berpesan supaya kura-kura tidak boleh sama sekali membuka mulutnya.

Kura-kura berjanji akan patuh kepada permintaan itik dan apabila mereka bersedia, itik pun menerbangkan kura-kura merentasi hutan, merentasi sungai sehinggalah mereka tiba di sebuah kampung.

Kura-kura merasa megah apabila terdengar suara budak-budak riuh rendah bersorak kehairanan.

“Kura-kura boleh terbang? Tengok tu…kura-kura boleh terbang! Kura-kura boleh terbang….!

Kerana terlalu gembira, kura-kura terlupa pesanan itik lalu membuka mulutnya ingin memberitahu sememangnya dia boleh terbang.

Tiba-tiba kura-kura tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada kayu yang dibawa oleh itik.

Setelah melayang-layang di udara, dia jatuh terhempas di bumi. Cengkerangnya retak dan kakinya cedera. Sejak peristiwa itulah kulit kura-kura kelihatan retak di sana sini..

Sunday, September 6, 2009

Beans bag


Salam...dah lama cek tak duduk ngadap blog.
Berkkk...alhamdulillah, baru sudah sahur...goreng ayam n panaskan sup semalam jek.
Jadi la tu kan...hehehehe...

Semalam cek surfing, saja survey harga beans bag...mahal gak ek..tapi macam best jek kalu dapat beli satu...harga paling murah aku tengok dalam rm 200.00. peh...bagi cek mahai tuh...kita berangan ja la dulu...

Wednesday, August 26, 2009

PTK datang lagi...

Salam...minggu ni minggu peksa PTK...
Sudahnya aku study soalan jer kat teachersrock.net
Nota tak berkesudahan...
Ok gak la...harap2 leh jawab esok pagi...
Jangan tertido dah...ye la bulan posa ni...bangun sahur kul 4, siapkan makanan....bole ke aku stay up xtido sampai hbs exam....
Posa lak tu kan...maunya...sangap je kat dewan exam...
Doakan kejayaanku....
InsyaAllah...amin.

Sunday, August 23, 2009

Michael Jackson lagi...


Citer pasal Mikhail...

Lepas sahur tadi aku saja cari pasal arwah Mikhail kat internet. Rupa2nya jasadnya belum pun dikebumikan lagi...Ahli keluarga beliau merancang untuk mengebumikan pada 29 Ogos, tetapi ditangguhkan kepada 3 September 2009. Alasan ditunda tidak dinyatakan.

Sian kat arwah...

Thursday, August 20, 2009

Puasa


Malam ni akan mula solat terawih dan sahur kita yang pertama.

Semoga kita sebagai umat Islam dan hamba Nya dapat melakukan amalan yang dituntut ini dengan sempurna. Di samping dapat menjadikan kita muslimin dan muslimat yang soleh dan solehah secara tidak langsung.

Cek juga mengharapkan keberkatan dalam bulan puasa ini....dapat kita menyempurnakan amalan dengan khusyuk.

Amin...

Happy Ramadhan...


Wednesday, August 19, 2009

Perpisahan

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi