Assalmualaikum semer..
Sebab blog ni namanya ceritera Azwan Jannah. Tapi asyik Jannah je yang tulis. Azwan tak pernah tulis. Ha meh Azwan tulis...
Namaku Syaiful Azwan Bin Selamat. Kat rumah panggil Zuan. Daripada kecik dulu orang dok sebut Zuan Selamat... Zuan Selamat.. jadi alhamdulillah kehidupan sekarang masih selamat. Walaupun agak semberono... tapi aku cuba jaga benda2 basic dalam hidup seperti mengucap semula kalau2 dalam hati aku terlintas, atau tersebut benda2 yang mungkin 'ter'sekutukan Allah, 5 waktu (walaupun yang subuh tu selalu terbabas), puasa alhamdulillah cukup 30 hari setiap tahun semenjak darjah 6 dulu (tak silap masa darjah lima ada sekali tu curik makan belakang pintu masa bulan puasa sebab nampak jajan tu macam sedap giler). Zakat (termasuk keluarga semenjak dah ada ahli ni) cuma Haji je belum. Bila ek.... dengar diorang cerita best pergi haji. Cukup duit nanti nak pergilah. Best naik kapal terbang..
Minat aku pada alam cyber ni cuma surfing cari maklumat selain download lagu. Maklumat selain berkaitan kerja... aku suka baca benda2 berbentuk automotif. Tak pernah boring aku baca pasal orang kutuk Proton padahal sumer kete pun bole kondem. Tengok cmana tuan die jaga la.
Ok la kete Proton memang la sebelum ni lebih mudah rosak sana sini tapi kebelakangan ni rasanya kualiti diorang ada baik sikit. Persona dengan Saga baru tu rasanya tak banyak komplen. Ni tak lama pulak nak kuar Proton mpv pulak. Aku ada masuk pertandingan bagi nama mpv ni. Harap-harap sangkut la salah satu nama yang aku bagi tu. Dapat kereta free.
Cerita pasal kereta ni... rakyat Malaysia ni rata2 mengagungkan kereta Jepun. Bayangkan la
kereta 1.5 jepun harga mencecah 80 ribu. Berbaloi atau tidak.. tepuk poket tanya duit. Aku sendiri pun pakai kete Jepun tapi yang buruk punya.
Aku pun minat mengikuti perkembangan politik tanahair kita. Ni Perak tengah kecoh. Ada 2 kerajaan negeri. Bole masuk buku sejarah tu. Tapi minta tolong editor buku sejarah, tulis la dengan adil. Jangan asyik banggakan BN nanti budak2 muak dengan BN terus jadi macam sekarang ni.
Aku sokong banyak ideologi yang dibawa Pakatan Rakyat selama ni. Cuma tindakan mencabar Sultan Perak tu bagi aku dah agak melampau la. Jangan la. Kalau takde institusi raja kat Malaysia ni... memang lingkup laa. Memang selama ni raja-raja melayu banyak kontroversi tapi paling kurang setiap tahun diorang tolong kita; umumkan tarikh berpuasa dah hari raya Aidilfitri & Aidiladha. mungkin banyak lagi sumbangan diorang yang kita tak tau atau tak dapat secara 'direct' tapi bersyukur je la sebab diorang masih bertakhta. Diorang jaga kepentingan islam kan?
Cerita pasal Pakatan Rakyat ni... diorang tukar Perdana kepada Camry baru-baru ni. Ok tak? Bagi aku ok je sebab diorang mungkin banyak lagi urusan penting daripada nak jaga gearbox Perdana tu. Tapi bila fikir balik... apa yang mahal sangat nak maintain Perdana tu? Kalau orang perseorangan pun bole jaga dan mampu pakai Perdana, kenapa pulak 'kerajaan' tak bole. Sepupu aku kerani, member aku kerja kilang, bole pulak pakai Perdana.
Silap-silap kalau Pakatan Rakyat minta sumbangan daripada mana-mana kedai potong untuk tukarkan gearbox & enjin Perdana tiap2 bulan pun bole apa. Free lagi. Kan selalu dalam kerajaan ni ada istilah 'sumbangan'. Ni la masanya nak guna istilah 'sumbangan' tu dengan betul & bermanafaat. Jangan leka dengan 'sumbangan' yang lain-lain. Kot mana pun.. utamakan industri tempatan. Kalau nak sangat brand lain... biar la yang CKD (complete knock down), sekurang2nya kereta tu dipasang di Malaysia. Ada la juga operator2 kilang yang dapat manafaat daripada situ. Ni yang korang pi beli Camry pasang kat Thailand pehal? Korang minat sungguh ngan cerita Ong Bak tu kot?
Kembali ke Perak.. harap2 Anwar & Nik Aziz bole usahakan sesuatu. Tak sampai hati la tengok gaduh2 ni. Kalau dah tak bole dapat... mengalah itu lebih baik. Manusia ambil masa untuk berubah begitu juga rakyat malaysia. Tak payahla push sangat, nak nak sangat. Buruk padahnya nanti. Allah tak suka orang yang tamak.
TIDAKLAH PANJANG DAHAN KEHINAAN MELAINKAN YANG TUMBUH DARI BENIH TAMAK.
Thanks Zam.
11 comments:
wah tonk..ko summarize suma isu dlm dunia ni dlm satu comment jer...
buat la sub topic sket...i.e politics,economy,leisure/social,hobby,etc..
hehehe..saja nak komen sket...
wah,sungguh berilmu tuan ini..syabas..teruskan perjuangan saudara..saya kagum....
saya sokong dan bersetuju dgn pandangan en zuan..teruskan menulis en zuan...
bolehkan en zuan komen sikit dgn cadangan kerajaan mengenai isu pengajaran sains dan matematik dlm bahasa inggeris...
yang mengharap
en zuan...cerita la sket bagaimana nak korek/rebore blok yamaha ss?
en zuan..anda berbakat dlm bidang penulisan...teruskan...semoga anda akan memenangi hadiah nobel satu hari nnti...
bawak keta baik2
Uiks ramainya bagi komen. Err... sorang je rupenye...
lama rasa nye kita tak jumpa
tau2 anak dh dua
sahabat yang lain x ade dgr berita ke? Khairuddin, Al-Ree,
Fairuz?
Post a Comment