Monday, February 16, 2009

Dapur Baru...


Assalamualaikum...
minggu lepas suami tercinta telah mengupah orang untuk membuat kabinet dapur.sepanjang2 minggu lepas memang dapuq cek tak berasap. makan kat luaq ja...hehehehe. Nasib baik sat ja tukang buat kejap ja siap. aku yang nak kemas dapuq pun tak terkemas2...melayan kan hero2 ku yang dua orang... Bertambah semangat cek nak masak kat laki cek...hehehe..

Sunday, February 8, 2009

Selalu isteriku yang tulis sekarang aku nak tulis jugak...


Assalmualaikum semer..

Sebab blog ni namanya ceritera Azwan Jannah. Tapi asyik Jannah je yang tulis. Azwan tak pernah tulis. Ha meh Azwan tulis...

Namaku Syaiful Azwan Bin Selamat. Kat rumah panggil Zuan. Daripada kecik dulu orang dok sebut Zuan Selamat... Zuan Selamat.. jadi alhamdulillah kehidupan sekarang masih selamat. Walaupun agak semberono... tapi aku cuba jaga benda2 basic dalam hidup seperti mengucap semula kalau2 dalam hati aku terlintas, atau tersebut benda2 yang mungkin 'ter'sekutukan Allah, 5 waktu (walaupun yang subuh tu selalu terbabas), puasa alhamdulillah cukup 30 hari setiap tahun semenjak darjah 6 dulu (tak silap masa darjah lima ada sekali tu curik makan belakang pintu masa bulan puasa sebab nampak jajan tu macam sedap giler). Zakat (termasuk keluarga semenjak dah ada ahli ni) cuma Haji je belum. Bila ek.... dengar diorang cerita best pergi haji. Cukup duit nanti nak pergilah. Best naik kapal terbang.. 

Minat aku pada alam cyber ni cuma surfing cari maklumat selain download lagu. Maklumat selain berkaitan kerja... aku suka baca benda2 berbentuk automotif. Tak pernah boring aku baca pasal orang kutuk Proton padahal sumer kete pun bole kondem. Tengok cmana tuan die jaga la.

Ok la kete Proton memang la sebelum ni lebih mudah rosak sana sini tapi kebelakangan ni rasanya kualiti diorang ada baik sikit. Persona dengan Saga baru tu rasanya tak banyak komplen. Ni tak lama pulak nak kuar Proton mpv pulak. Aku ada masuk pertandingan bagi nama mpv ni. Harap-harap sangkut la salah satu nama yang aku bagi tu. Dapat kereta free. 

Cerita pasal kereta ni... rakyat Malaysia ni rata2 mengagungkan kereta Jepun. Bayangkan la 
kereta 1.5 jepun harga mencecah 80 ribu. Berbaloi atau tidak.. tepuk poket tanya duit. Aku sendiri pun pakai kete Jepun tapi yang buruk punya.

Aku pun minat mengikuti perkembangan politik tanahair kita. Ni Perak tengah kecoh. Ada 2 kerajaan negeri. Bole masuk buku sejarah tu. Tapi minta tolong editor buku sejarah, tulis la dengan adil. Jangan asyik banggakan BN nanti budak2 muak dengan BN terus jadi macam sekarang ni.

Aku sokong banyak ideologi yang dibawa Pakatan Rakyat selama ni. Cuma tindakan mencabar Sultan Perak tu bagi aku dah agak melampau la. Jangan la. Kalau takde institusi raja kat Malaysia ni... memang lingkup laa. Memang selama ni raja-raja melayu banyak kontroversi tapi paling kurang setiap tahun diorang tolong kita; umumkan tarikh berpuasa dah hari raya Aidilfitri & Aidiladha. mungkin banyak lagi sumbangan diorang yang kita tak tau atau tak dapat secara 'direct' tapi bersyukur je la sebab diorang masih bertakhta. Diorang jaga kepentingan islam kan?

Cerita pasal Pakatan Rakyat ni... diorang tukar Perdana kepada Camry baru-baru ni. Ok tak? Bagi aku ok je sebab diorang mungkin banyak lagi urusan penting daripada nak jaga gearbox Perdana tu. Tapi bila fikir balik... apa yang mahal sangat nak maintain Perdana tu? Kalau orang perseorangan pun bole jaga dan mampu pakai Perdana, kenapa pulak 'kerajaan' tak bole. Sepupu aku kerani, member aku kerja kilang, bole pulak pakai Perdana. 

Silap-silap kalau Pakatan Rakyat minta sumbangan daripada mana-mana kedai potong untuk tukarkan gearbox & enjin Perdana tiap2 bulan pun bole apa. Free lagi. Kan selalu dalam kerajaan ni ada istilah 'sumbangan'. Ni la masanya nak guna istilah 'sumbangan' tu dengan betul & bermanafaat. Jangan leka dengan 'sumbangan' yang lain-lain. Kot mana pun.. utamakan industri tempatan. Kalau nak sangat brand lain... biar la yang CKD (complete knock down), sekurang2nya kereta tu dipasang di Malaysia. Ada la juga operator2 kilang yang dapat manafaat daripada situ. Ni yang korang pi beli Camry pasang kat Thailand pehal? Korang minat sungguh ngan cerita Ong Bak tu kot?

Kembali ke Perak.. harap2 Anwar & Nik Aziz bole usahakan sesuatu. Tak sampai hati la tengok gaduh2 ni. Kalau dah tak bole dapat... mengalah itu lebih baik. Manusia ambil masa untuk berubah begitu juga rakyat malaysia. Tak payahla push sangat, nak nak sangat. Buruk padahnya nanti. Allah tak suka orang yang tamak. 


TIDAKLAH PANJANG DAHAN KEHINAAN MELAINKAN YANG TUMBUH DARI BENIH TAMAK. 

Thanks Zam.

Saturday, February 7, 2009

Anak murid


Cek ni cekgu kat sekolah menengah. dah 4tahun ajaq peralihan. memang cek garang kat kelas peralihan. Kalah mak tiri bawang putih. Kalau bebudak peralihan tu memang dah tau dah perangai cek ni lagu mana. keja wajib siap dalam kelas...tak siap, depa la yang siap dengan cek.hahahaha....

Tapi...yang cek pelik ni..ada sorang amoi ni, anak murid cek la...budak peralihan..dia ni kalu tak jumpa cek sari 1x tak sah.nasib baik ada cuti.kalau tak dak jenuh la cek. nak kata layan, tak layan tera mana pun.pelik tul...sampai laki cek pun kenai dengan amoi ni.

Cekgu2 kat sekolah cek kata...mudah2an masuk Islam amoi tu.. Suruh pakai elok2 pakai gak baju seksi...tak tau la peminat fanatik sorang tu...
gambaq ni dia yg nk amik. pastu dia tambah bckground....fanatik tul dgn cek amoi ni...

Donut Ball



Mm...minggu lepas raya cina cuti seminggu. Hobi cek ni sejak kawin ni memang suka masak bagi laki n anak2 cek makan. Suka la tengok depa makan. Tambah habis...sebab cek pun bukannya pandai masak. Lepas kawin baru la belajaq masak. Hehehehe. Bukan mak tak ajaq...mak ajaq. Tapi, dok kat u nu bukan ada dapoq.Jadi setiap hari cek akan pikiq nak bagi makan apa kat depa ni.... Resepi ni cek amik kay myresepi....kat situ la sumber rujukan ke2, sebab sumber rujukan pertama adalah bonda cek yang tercinta. Sapa pun tak leh teng masakan dia....tambah2 Laksa.peh memang terangkat laksa dia. tapi cek ni suka semua lauk yang mak cek masak. Sedapppp...

Bahan2nya:
Tepung gandum (lebih kurang 3cawan)
Susu tepung (1/2 cawan)
Yis (dibancuh dengan air suam)
butter 2sudu besar
Air secukup

Caranya...Mudah saja. Gaulkan tepung gandum dan susu tepung. Kemudian, masukkan yis yang telah dibancuh dengan air suam. masukkan air sedikit demi sedikit, sambil bancuhan tepung tadi digaul..hingga menjadi doh. kemudian bulat2kan doh tadi menjadi sebesar ibu jari. kemudian perapkan dengan tuala lembap. doh kecil2 tadi akan bertambah besar sedikit. maka boleh lah digoreng dengan minyak yang panas. boleh lah digaul dengan gula halus....

siap.

ni la donut ball cek minggu lepas....