Wednesday, December 24, 2008

Kluang Mall...

Akhirnya...kluang ada mall. Yea..yea..!
Takyah susah2 dah cek nak g jauh2 sampai bp ke jb ke. Semalam cek p la opening dia...Ya Allah, manusia punya la ramai tak ingat. aku terbayang kalau kluang mall tu tak tahan maunya runtuh...nauzubillah. Nasib baik teruji dia nya kekuatan. Dari segi keluasan setiap kedai ok lagi dari kluang parade. lebih luas...yang bestnya parking pree. Kluang ni tau je la kan, salah parking polis saman...tak letak kupon parking bandaran saman. Memang bandar menyaman je la...cari duit buta kot. kikikikiki... Nak tau satu cita yang cek tak puas ati... satu hari tu cek pi la pekan...nak p bayar utang kredit kad laki cek...(dia keja takleh nak pi) pastu cek pun parking cun2 kat depan kedai sebelah bank. pastu cek keluaq la beli kupon. Dalam ati ni, 'alang2 aku beli sekeping baik aku beli sebuku...' Ok la tu. Cek pun letak kupon nya di dalam keta pastu cek tebuk la lubang dia...tapi tang tarikh tu cek lupa...bape hb ari tu. Tak tebuk la tang tarikh. Masuk bank pi bayar utang, keluaq p parking lak kat stesen bas nak p cari barang sikit. Elok nak balik cek tengok kat cermin keta ada kertas merah. cek baca tengok saman bandaran...dia kata cek tak tebuk betui. hampeh nya bandaran kluang...memang dengki. Mana tak dengki...kat kupon tu ada barcode,hang scan ja la kupon tu...mana kesah tebuk ka tak tebuk. Memang dengki tahap cipan kot...

Tuesday, December 16, 2008

Dah Habes Cuti...



Mmmm...seminggu pegi bercuti...tak terasa betapa cepatnya masa berjalan. Macam taknak balik rumah. 
Bila dah balik rutin ku seperti biasa la selagi sekolah tak buka...bersama dua orang heroku yang botak. Botak pun comel...hehehehe.
Diam tak diam dah 4 hari rupanya aku dah balik dari kedah. Isy..isy..isy...macam dalam mimpi. kain baju takdan jugak nak simpan. Basuh tetap basuh tapi...takdan jugak nak lipat apa tak nya...dah dua malam kami berempat tidoq awai...letih...
Minggu ni minggu mengemas...sebab adek ipar aku nak nikah ujung minggu depan. nanti tak pasai2 ada yg nak tumpang tidoq ka tumpang pakai jamban ka...tengok rumah mak dara ni bersepah macam tongkang pecah. caiyuk..caiyuk...jom kemas.

Friday, December 12, 2008

Kenangan di Utara






Gambar yang di ambil semasa di sana....

Seminggu di Utara






Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri...

Seminggu di utara...betul2 mengubat kerinduan hati.. terubat jugak la walaupun rasa macam taknak balik ja. Sebenarnya, raya aji tahun ni turn family ku. hehehe... apalagi kitorang plan balik kedah beramai2. lebih kurang genap seminggu aku bercuti di sana. Best... Perjalanan balik ke Kedah memang memenatkan sebab jem giler...bawa kereta 20km/j je kat area yang memang jem. cuba bayangkan dari Shah Alam sampai Aloq Staq pukul 10 pagi...sampai pukul 6 petang. Yang bestnya sempat kami ke Langkawi, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Penang, USM, n Penang road. makanan yang wajib di penang ialah..Nasi Ayam Misai.. sedap giler. Nasib baik la anak2 ku tidak meragam. Alhamdulillah. Malam ni balik Kluang. esok suami yg tercinta akan berehat di rumah untuk sehari..bagi memulakan kerjanya semula pada hari Isnin. Aku cuti lagi....yea...!

Sunday, December 7, 2008

HARI RAYA AIDIL ADHA

Hari ini Hari Raya Haji... Selamat Hari Raya Haji kepada semua umat Islam di seluruh negara amnya dan khususnya kepada suami tercinta, anak2ku tersayang, mama abah adek pian ame dan dania...ku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA dan MAAF ZAHIR BATIN. Untuk yang telah tiada ku sedekahkan al-Fatihah...Tok Wan Bain, Tok Seha, Tok Wan Noh, PakNgah Basri, Atuk Jas...Kak Khairun...sahabatku Asmidar. al-Fatihah.

Saturday, December 6, 2008