Wednesday, December 24, 2008

Kluang Mall...

Akhirnya...kluang ada mall. Yea..yea..!
Takyah susah2 dah cek nak g jauh2 sampai bp ke jb ke. Semalam cek p la opening dia...Ya Allah, manusia punya la ramai tak ingat. aku terbayang kalau kluang mall tu tak tahan maunya runtuh...nauzubillah. Nasib baik teruji dia nya kekuatan. Dari segi keluasan setiap kedai ok lagi dari kluang parade. lebih luas...yang bestnya parking pree. Kluang ni tau je la kan, salah parking polis saman...tak letak kupon parking bandaran saman. Memang bandar menyaman je la...cari duit buta kot. kikikikiki... Nak tau satu cita yang cek tak puas ati... satu hari tu cek pi la pekan...nak p bayar utang kredit kad laki cek...(dia keja takleh nak pi) pastu cek pun parking cun2 kat depan kedai sebelah bank. pastu cek keluaq la beli kupon. Dalam ati ni, 'alang2 aku beli sekeping baik aku beli sebuku...' Ok la tu. Cek pun letak kupon nya di dalam keta pastu cek tebuk la lubang dia...tapi tang tarikh tu cek lupa...bape hb ari tu. Tak tebuk la tang tarikh. Masuk bank pi bayar utang, keluaq p parking lak kat stesen bas nak p cari barang sikit. Elok nak balik cek tengok kat cermin keta ada kertas merah. cek baca tengok saman bandaran...dia kata cek tak tebuk betui. hampeh nya bandaran kluang...memang dengki. Mana tak dengki...kat kupon tu ada barcode,hang scan ja la kupon tu...mana kesah tebuk ka tak tebuk. Memang dengki tahap cipan kot...

Tuesday, December 16, 2008

Dah Habes Cuti...



Mmmm...seminggu pegi bercuti...tak terasa betapa cepatnya masa berjalan. Macam taknak balik rumah. 
Bila dah balik rutin ku seperti biasa la selagi sekolah tak buka...bersama dua orang heroku yang botak. Botak pun comel...hehehehe.
Diam tak diam dah 4 hari rupanya aku dah balik dari kedah. Isy..isy..isy...macam dalam mimpi. kain baju takdan jugak nak simpan. Basuh tetap basuh tapi...takdan jugak nak lipat apa tak nya...dah dua malam kami berempat tidoq awai...letih...
Minggu ni minggu mengemas...sebab adek ipar aku nak nikah ujung minggu depan. nanti tak pasai2 ada yg nak tumpang tidoq ka tumpang pakai jamban ka...tengok rumah mak dara ni bersepah macam tongkang pecah. caiyuk..caiyuk...jom kemas.

Friday, December 12, 2008

Kenangan di Utara






Gambar yang di ambil semasa di sana....

Seminggu di Utara






Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri sendiri...

Seminggu di utara...betul2 mengubat kerinduan hati.. terubat jugak la walaupun rasa macam taknak balik ja. Sebenarnya, raya aji tahun ni turn family ku. hehehe... apalagi kitorang plan balik kedah beramai2. lebih kurang genap seminggu aku bercuti di sana. Best... Perjalanan balik ke Kedah memang memenatkan sebab jem giler...bawa kereta 20km/j je kat area yang memang jem. cuba bayangkan dari Shah Alam sampai Aloq Staq pukul 10 pagi...sampai pukul 6 petang. Yang bestnya sempat kami ke Langkawi, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Penang, USM, n Penang road. makanan yang wajib di penang ialah..Nasi Ayam Misai.. sedap giler. Nasib baik la anak2 ku tidak meragam. Alhamdulillah. Malam ni balik Kluang. esok suami yg tercinta akan berehat di rumah untuk sehari..bagi memulakan kerjanya semula pada hari Isnin. Aku cuti lagi....yea...!

Sunday, December 7, 2008

HARI RAYA AIDIL ADHA

Hari ini Hari Raya Haji... Selamat Hari Raya Haji kepada semua umat Islam di seluruh negara amnya dan khususnya kepada suami tercinta, anak2ku tersayang, mama abah adek pian ame dan dania...ku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA dan MAAF ZAHIR BATIN. Untuk yang telah tiada ku sedekahkan al-Fatihah...Tok Wan Bain, Tok Seha, Tok Wan Noh, PakNgah Basri, Atuk Jas...Kak Khairun...sahabatku Asmidar. al-Fatihah.

Saturday, December 6, 2008

Tuesday, November 18, 2008

Rutin

La ni cuti sekolah...jadi bercuti lah jugak aku ni dari bertugas seperti biasa. Tukaq jadi surirumah lak la... dah jadi bibik la lebih kurang. pagi2 bangun sebelum anakku yang sulung bangun wajib aku siapkan sarapan dulu. Sebab Elmi ni bangun tido ja terus ke dapur nak makan. Menu sarapan aku pagi2...jemput2 (bilis atau pun cap adabi), roti telur, roti sardin, roti canai segera, lempeng dan yg paling senang biskut wheatmeal la atau biskut tiger untuk dicicah bersama air teh atau milo. pi mai pi mai pusing balik menu tu la...tiap2 hari. sampai aku pu nai penin. bukan tak mau buat nasi goreng atau mee, bihun goreng. Lepas Elmi bangun...Arfi anakku yang kedua yang baru 3bulan pun bangun. bila dah dua2 bangun tau je la. yang abang nak sarapan adek pun nak sarap jugak sarap nenen. hehehehe.

Dah siap sarap dua2 baru la aku mandi kan adek kemudian tidokan dia. pas tu baru mandi kan abang...tau je la budak 2tahun suka sangat nak main air...dah siap, pikir pulak menu tengah hari. aku ni masak yang cepat je...mana taknya sebelum adek jaga, wajib siap masak sebab dia tido balik dekat2 tengah hari.memang menu tengah hari lauk satu sayur air satu. dua je. Laki aku yang tercinta lak balik lunch tiap2 hari kecuali takde lunch date ngan clien.
Lepas laki ku pegi keja semula, aku pun akan tidokan adek dan abang...dan aku pun tido sekali.hehehe...
kalau tak tido, tengok tv la..sambil melayan hero2 ku yang dua orang ni. dalam pukul 4 lebih baru mandikan hero2. pastu tunggu suamiku yg tercinta balik sambil bagi Elmi makan.

Macam tu lah rutin hidupku...sepanjang cuti ni...

SPM

Mmm..pagi tadi bertugas kat sek jaga spm untuk paper add math...dua paper. Nampak student2 tekun study last2 minit. Pengetua pun ada jengah sebelum pelajar2 semua masuk dewan. Nasib baik pelajar SPM semua bawa slip..takde masalah. ok la tu kan.. penat gak la. Penat tunggu kat opis.hehehehe... Semoga pelajar2 sekolah ku dapat menjawab soalan SPM dengan jayanya. Amin.

Sunday, September 14, 2008

Intro

Pejam celik pejam celik...dah ada dua orang putera. ELMI (ilmuku) dan ARFI (kebijaksanaanku). Ayah dia yang letak nama. Tak nak letak nama panjang2, katanye nak peksa nanti susah nak isi borang. Tapi okay gak senang nak panggil.. nama tu kan doa... Semoga anak2 ku ini menjadi hamba Allah yang taat...amin. Kerenah Elmi menjadi penghibur hatiku dan abang. Kelakar seperti ayahnya... Arfi,baru 41hari..dah banyak perangainya, lain dari Elmi. Semoga aku dapat mendidik hero2 ku ini menjadi insan yang berguna dan anak yang soleh. Amin.